Mak Enon Dan Filem Mak_Enon

Mak Enon pernah mengikat kontrak dengan Shaw Brothers dan dipelawa membintangi beberapa filem seperti Si Bongkok dan Laksamana Do Re Mi arahan P.Ramlee pada 1972.

Filem lain ialah Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar pada tahun 1975, diikuti Sayang Anakku Sayang (arahan Jamil Sulong, 1976), filem Panglima Badul (Hussien Abu Hassan, 1978), Dayang Suhana (Aziz Abad, 1978), Tuan Besar (Malek Selamat, 1980) selain turut terbabit dalam filem arahan Othman Hafsham pada tahun 1983 iaitu Mekanik.

Beliau kerap diundang menjayakan pertunjukan pentas dan pelbagai program dan drama TV. Malahan beliau juga sering dibawa mengikuti rombongan artis dengan menyertai beberapa festival filem dalam dan luar negara, seperti Festival Filem Asia Pasifik di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Mak Enon meninggal dunia pada kira-kira jam 6 pagi, pada April 1992 di sisi menantunya, Perani Pramout dan anaknya, Mala Satria Shariff berada di sisinya.